April 3, 2009

Kek Gula Hangus Puan Halimah


1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat-cepat, masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara-caranya:-
Pukul telur sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuangkan esen vanila last sekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup), untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

No comments:

Post a Comment