October 22, 2009

Thosai



Sebut thosai/tosai samada dimasak lembab atau garing, semuanya chome suka sangat. Hik..



Tosai nih sedap dimakan dengan chatni, dalca, sambal, kari ikan, kari ayam atau pun kari kambing! Syok!

Jadi, kalau rajin meh lah cuba buat sendiri thosai ini di rumah. Kalau malas.. pergi sahaja kedai mamak dan order 'Thosai garing satu!' Nyum.. nyum..

Thosai
Bahan-bahan:
2 cawan beras
1 cawan kacang hitam (dibuang kulit)/ulundu
1/2 sudu teh halba
1/2 cawan nasi
garam secukup rasa
minyak bijan atau minyak sapi

Cara menyediakannya:
1. Cuci beras, kacang hitam, halba dan rendam di dalam air selama lima jam.
2. Selepas itu, kisar bahan-bahan tersebut dengan nasi sehingga halus.
3. Masukkan garam dan gaul hingga rata.
4. Peram bahan-bahan ini selama satu malam.
5. Panaskan ceper, sapu minyak bijan atau minyak sapi.
6. Tuang sesenduk ramuan dan bentukkan bulatan.
7. Tutup dengan tudung untuk seketika.
8. Angkat thosai dan hidangkan bersama kuah kegemaran.

Selamat mencuba!