February 12, 2010

Nasi Kabsa

Ok.
Kita dah belajar buat rempah kabsa, sekarang masa nak masak nasinya pula.
Terima kasih juga kepada ummu al hanafi.
Chome memang peminat masakan Arab, apa lagi kalau kena dengan kambing.. Hee.. Lamb Kabsa..... oh oh..
Kalau lamb, biasanya Chome beli yang kepingan lamb chop tu sahaja. Mudah dan cepat. Hik...

Nak masak nasi kabsa ini, ikut sahaja resepi yang diberi. InsyaAllah pasti menjadi.
Hmm.. kalau tak dapat ajak kita turut rasa pun, sekurang-kurangnya beri maklum balas semula pada Chome yer.. Jangan lupa tau!

Resepi Nasi Kabsa
1 ekor ayam dipotong 4 bahagian
3 pot Berasmathi
Air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
5 labu bawang merah - potong dadu
3 ulas bawang putih - potong dadu
1/2 inci halia - dikisar
1 biji tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
sedikit saffron (kalau tiada boleh ganti dgn pewarna kuning)
2 sudu rempah Kabsa
1 biji lemon hitam/kering (dicucuk bahagian tengahnya)
1 biji lada merah (capsicum) - potong dadu
1 batang lobak merah - hiris halus
sedikit biji lada hitam/serbuk kasar
sedikit kismis
garam secukup rasa
2 batang cili merah besar - tidak dihiris

Caranya:
1. Basuh beras tadi sehingga bersih dan terus sukat air beras didalam periuk nasi. Ketepikan seketika.
2. Panaskan kuali dengan minyak masak, kemudian masukkan minyak sapi.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau wangi dan masukkan pula kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
4. Masukkan pula ayam, saffron, rempah Kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan sehingga rata.
5. Taburkan pula lemon hitam, kismis dan garam secukup rasa. Tutup api kuali.
6. Pindahkan kesemua bahan di kuali tadi ke dalam periuk nasi. Gaul rata dan tutup rapat.
7. Tanak nasi seperti biasa.
8. Apabila masak, karis nasi supaya rata dan berhati-hati apabila mengkaris nasi supaya nasi tidak patah.
9. Ambil ayam tadi, masukkan ke dalam foil, dan bakar pada suhu 200'C selama 15 minit.
10. Sedia terhidang bersama sos yang dibuat sendiri.

Sos - Kisarkan cili besar hijau (kalau nak pedas boleh letak cili padi sikit), tomato, batang ketumbar, gula, garam dan air perahan lemon.

February 11, 2010

Homemade Rempah Kabsa

Chome sangat berterima kasih kepada blog Resepi Raidah.
Daripada blog ini, Chome dapat buat nasi kabsa dengan rempah buatan sendiri! Nyum! Nyum..
Kalau tak, mana nak cari di Malaysia rempah kabsa ini yer? Apa lagi... giling, jangan tak giling tau...

Rempah Kabsa (Untuk buat nasi Arab)
1 sudu makan:
bunga cengkih*
lada hitam*
jintan manis*
jintan putih*
buah pelaga putih*
buah pelaga hitam* (black cardamom pods)
2 sudu makan biji ketumbar*
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk kunyit

Goreng tanpa minyak bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau dan angkat.
Kemudian kisar bahan sehingga hancur.
Catatan:
Didalam resepi asal, halia perlu dicampur sekali. Maka, bila nak masak nanti, jangan lupa masukkan halia. Lebihan rempah kering boleh disimpan didalam botol untuk resepi lain pula. Boleh digunapakai untuk semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.