October 22, 2009

Thosai



Sebut thosai/tosai samada dimasak lembab atau garing, semuanya chome suka sangat. Hik..



Tosai nih sedap dimakan dengan chatni, dalca, sambal, kari ikan, kari ayam atau pun kari kambing! Syok!

Jadi, kalau rajin meh lah cuba buat sendiri thosai ini di rumah. Kalau malas.. pergi sahaja kedai mamak dan order 'Thosai garing satu!' Nyum.. nyum..

Thosai
Bahan-bahan:
2 cawan beras
1 cawan kacang hitam (dibuang kulit)/ulundu
1/2 sudu teh halba
1/2 cawan nasi
garam secukup rasa
minyak bijan atau minyak sapi

Cara menyediakannya:
1. Cuci beras, kacang hitam, halba dan rendam di dalam air selama lima jam.
2. Selepas itu, kisar bahan-bahan tersebut dengan nasi sehingga halus.
3. Masukkan garam dan gaul hingga rata.
4. Peram bahan-bahan ini selama satu malam.
5. Panaskan ceper, sapu minyak bijan atau minyak sapi.
6. Tuang sesenduk ramuan dan bentukkan bulatan.
7. Tutup dengan tudung untuk seketika.
8. Angkat thosai dan hidangkan bersama kuah kegemaran.

Selamat mencuba!

July 21, 2009

Hadir kelas

Teringat masa pergi belajar hands-on cupcakes class dengan Kak Lea di USJ. Syok! Banyak tips dan info yang sebelum nih memang tak tahu apa-apa pun pasal deco cake/cupcakes. Balik ajer, anak-anak tak sabar-sabar nak makan! Tak sempat lah nak amik gambar. Hu hu.. Terasa sayang lah pula...
Apapun pengalaman belajar buat cupcakes memang tak boleh ku lupakan. TQ Kak Lea!




July 20, 2009

Its mood time!

Alhamdulillah, bulan puasa hampir tiba.

Maka, bermulalah acara mengumpul resepi lauk-pauk juadah berbuka puasa dan kuih-muih hari raya.
Ramai juga rakan-rakan mencari peluang menambah pendapatan pada musim ini.
Apapun tugasan dan rencana, pastikan ibadah kita juga tidak terabai. InsyaAllah.

Mulalah nak kumpul resepi mood Ramadhan-Syawal 2009 (1430H)!!

Meh jom jenguk-jenguk!

April 3, 2009

Kek Gula Hangus Puan Halimah


1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat-cepat, masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara-caranya:-
Pukul telur sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuangkan esen vanila last sekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup), untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

KUIH BAHULU

Ingredients
3 egg yolks
4 egg whites
100gm sugar
Half teaspoon vanilla essence
100gm wheat flour
1 tablespoon tapioca flour
Quarter teaspoon baking powder

Method
1. Sieve wheat and tapioca flour together with baking powder.
2. Whisk the eggs and sugar until stiff.
3. Add the vanilla essence.
4. Fold in 20grms of sifted flour with 100ml of egg batter.

Preheat oven to 250 degrees centigrade. Lightly grease the mould (to prevent the bahulu from sticking) and spoon in batter.
Do not fill to the top. Bake bahulu for about five minutes.
Alternatively, you can bake bahulu the traditional way – using charcoal fire. You have to place the hot coals on top of and under the mould.
Bahulu keeps quite well in an airtight container, but will harden with time.

April 1, 2009

Muffin Coklat Kukus


Kali ini, kita cuba pula buat muffin coklat. Senang jer...

MUFFIN COKLAT KUKUS
Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla

Cara-caranya:
1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
2. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
3. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan bahan B dan gaulkan rata sehingga sebati.
5. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yang sederhana.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

March 30, 2009

Nasi Bukhari

Meh pekena Nasi Bukhari. Cuba masak dulu. Pasti puas hati.

NASI BUKHARI
50gram rempah BUKHARI - 2 bungkus
3kg beras Siam
2 ekor ayam
8 labu bawang besar - dimayang
4 batang lobak merah - hiris nipis-nipis
1 tin tomato puri - tin besar
6 biji tomato - di ramas1/2kg minyak sapi
2 cerek air
kacang tanah, kismis warna kuning - untuk hiasan

CARA-CARA MEMASAK
-Panaskan minyak sapi, kemudian tumis bawang besar dan lobak merah hingga kekuningan.
-Masukkan ayam, tomato puri, tomato buah dan rempah. Biarkan selama 5 minit masukkan air dan garam.
-Apabila ayam empuk, asingkan ayam kemudian masukkan beras.
-Apabila nasi mendidih, biarkan api perlahan.
-Goreng ayam yang telah diangkat tadi.
-Apabila nasi masak, masukkan ayam yang telah digoreng. Tutup periuk sampai nasi masak.
-Hias dengan kacang dan kismis yang telah di goreng terlebih dahulu.

SAMBAL LADA
- 10 biji lada besar
- 5 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji air limau nipis
**Kisar kesemuanya tanpa air

ACAR MENTIMUN
- 6 batang mentimun
- 3 biji tomato
- 2 labu bawang besar
- gula, cuka dan garam secukup rasa
Cara-caranya
-Mentimun, tomato dan bawang besar dibelah dua dan dihiris nipis-nipis.
-Kesemua bahan tadi digaulkan kesemuanya dengan gula,cuka dan garam secukup rasa.

NASI BUKHARI INI SESUAI DI MAKAN BERSAMA SUP ATAU PUN KUAH DALCA..

January 22, 2009

All About Recipes And Cookings

Selamat Datang & Welcome!

All about my collections!!!
From recipes, to the making, to eat and satisfy.
Love creating, digging new recipes, ideas of cookings, tempting foods, crazy cooks till hearty full..
Always me....

Enjoy!!!