November 6, 2012

Jengah Semula

Apa khabar? Wahhh.. lama sungguh Chome menyepi yer.. Macam bersarang sudah blog CBR! nih.. Sejak ada FB, dan Iphone, payah benar nak buka blog sebab laptop rosak dan lewat dibaiki. Pun, Chome menerima kehadiran ahli baru pada Mei 2012! Alhamdulillah, semuanya selamat dan sihat, walaupun sepanjang mengandungkan sikecil ini melalui sedikit kepayahan. Sokongan dan doa yang tidak putus-putus, dengan Rahmat dan Rahim daripada Illahi, segala kesyukuran yang dilimpahkan memberi kekuatan pada diri ini. InsyaAllah. Ok, mulalah nak menaip semula resepi-resepi yang tertangguh untuk dipaparkan.. Kalau ikutkan, banyak nih.. bukan apa, lama sungguh tertangguh, nanti kertas-kertas ini dikhuatiri hilang atau 'missing in action'... haaa karang, siapa yang rugi? Diri sendiri juga yang rugi.. hu hu hu.. Jenuh awak nak godek-godek balik pak google.. Adussss.. Marilah Chome... anda aktif semula ye!!! Peace! +_+

April 24, 2011

Asam pedas daging tetel.

Menu tengahari semalam, Chome masak asam pedas daging tetel. Tapi Chome tambahkan nenas di dalamnya sebagai menggantikan rasa asam jawa. Dah lama benar tak masak asam pedas daging ni.. asyik-asyik ikan sahaja. Sesekali pekena asam pedas daging tetel pun sedap juga.
Apa maksud "tetel" yer? Malas pula nak rujuk kamus, tapi setahu Chome yang selalu arwah atok sebut-sebut, daging tetel nih bermaksud daging yang masih mempunyai/campuran sedikit lemak-lemak daging yang pejal.. erk faham ke? Ler, cakap jer dengan orang kat pasar tu, nak daging tetel, tahu ler mereka..




Ni gambar daging tetel. Terima kasih kepada CM kerana kongsi step by step macam mana nak masak asam pedas.. Cubalah!

Ini lauk yang sudah siap Chome masak, Ingatan: telah digantikan dengan nenas tau!


April 21, 2011

Nasi Maqlubah (Terbalik)


Bahan-bahan:

3 gelas beras basmathi.
telur rebus  - berapa biji ikut suka

** sayuran ikut suka nak masuk banyak mana dan ikut suka sayur apapun, potong ikut suka, gaul garam dan goreng mati air sahaja kecuali bunga kobis goreng garing. Tips: Garam diletakkan supaya apabila menggoreng nanti ia tak serap minyak banyak.

terung besar (bazinjan)
kentang besar
bunga kobis (zahri) –cauliflower
*potong sahaja tak payah goreng
lobak merah
baby jagung
biji bawang besar(potong bunga)

dimesin : 1 biji bawang besar, sedikit bawang putih, halia.

rempah 4 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
rempah beriani sebungkus
sedikit lemon (hiris nipis)
1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk pecah perut jer (tumbuk kasar) – kalau tak nak pedas kurangkan.

* Options kalau suka: Chome letak habbatus sauda dalam 1 sudu besar. Chome tambahkan juga beberapa biji cili padi (lidah melayu heh, nak pedas gak)

            Option lain kalau suka masukkan juga:
            Kekacang: - kacang goreng, badam, gajus.
            Buah zaitun

Minyak masak
Garam bukit (tak ada, pakai garam biasa shj)
Daun bay (daun salam pun boleh, yang telah dikeringkan)

(Ingatan: Saya menggunakan garam bukit di dalam resepi ini. Kalau tak ada boleh shj garam biasa.)

Hiasan di atas nasi setelah masak nanti: Daun ketumbar, bawang goreng

Cara-cara:
1. Basuhkan beras. Ketepikan.
2. Bersihkan ayam, potong (mengikut kesesuaian), masukkan garam dan serbuk kunyit, gaul rata.
3. Goreng ayam mati air sahaja. Angkat tos minyak dan ketepikan.
4. Sayuran tadi, gaul garam, pun goreng mati air. Kecuali bunga kobis tu goreng garing sedikit, baunya harum. Sayur takpayah goreng tu , hanya digaul garam sahaja, ketepikan.

Cara Chome:
        Panaskan minyak.
        Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
        Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
        Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.

5. Acara rempah pula, kalau ada minyak lebihan menggoreng itu, masih boleh digunakan untuk menumis rempah.
6. Masukkan bahan-bahan yang telah dimesin, rempah 4 beradik, rempah beriani, lada hitam, habbatus sauda, kekacang, daun bay. Kacau tumis sampai merenih. Jangan lupa bubuh garam. Kalau kurang minyaknya, boleh ditambah lagi. Siap, angkat dan ketepikan.
7. Acara susun menyusun di dalam periuk nasi, layer by layer:
8. Susun ayam of coz yang tetulang menghadap di permukaan bawah periuk nasi. Supaya nanti taklah teruk melekat menjadi kerak. Susun ayam sampai cover periuk tu.
9. Pastu masukkan sayuran tadi. Susunlah ikut suka mana.
10. Masukkan telur rebus.
11. Masukkan rempah menutupi keseluruhan permukaan, sekiranya rempah goreng tadi pekat, boleh dicairkan dengan air biasa.
12. Masukkan hirisan lemon.
13. Masukkan beras basmathi.
14. Last sekali, masukkan air, sukatan air adalah menutupi keseluruhan beras basmathi tadi sekadar ditenggelaminya. (Erk.. faham ek.)
15. Tutup cover periuk nasi dan masakkan nasi seperti biasa. Jangan buka-buka tau sampai masak. Pantang nih!

Selepas semuanya selesai. dan masa untuk makan, tetapi, segala menu diatas tidak sempurna tanpa sentuhan terakhir ini. Ia merupakan antara syarat penting untuk menjadikannya 'nasi maqlubah’ kerana maksud maqlubah itu adalah ‘terbalik’!! Ambil mangkuk besar atau dulang, terbalikkan periuk nasi itu dan keluarkan semua nasi di dalam dulang atau mangkuk. Hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun ketumbar. Sedia dihidang untuk dijamu!
Nasi ini dimakan dengan sayur jelatah:




Jelatah

Hirisan :
lobak merah, kobis ungu, timun, tomato, bawang besar, cili hijau.

Gaulkan bersama: yogurt, sedikit garam dan perahan lemon. kalau takder yogurt, boleh gunakan mayonis dan air perahan limau.

Selamat Mencuba!!!
Laparlah!!!!

Kredit kepada adik-adik blogger yang belajar di bumi Anbiya'. Terima kasih!

Salam Rindu

Kerinduan untuk memblog datang semula, dah lama Chome tinggalkan blog.. Huuu... Chome ingat selalu, tapi malas betullah nak menaip.. agak ah penangan FB pun salah satu faktornya juga... welcome back Chome!

February 12, 2010

Nasi Kabsa

Ok.
Kita dah belajar buat rempah kabsa, sekarang masa nak masak nasinya pula.
Terima kasih juga kepada ummu al hanafi.
Chome memang peminat masakan Arab, apa lagi kalau kena dengan kambing.. Hee.. Lamb Kabsa..... oh oh..
Kalau lamb, biasanya Chome beli yang kepingan lamb chop tu sahaja. Mudah dan cepat. Hik...

Nak masak nasi kabsa ini, ikut sahaja resepi yang diberi. InsyaAllah pasti menjadi.
Hmm.. kalau tak dapat ajak kita turut rasa pun, sekurang-kurangnya beri maklum balas semula pada Chome yer.. Jangan lupa tau!

Resepi Nasi Kabsa
1 ekor ayam dipotong 4 bahagian
3 pot Berasmathi
Air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
5 labu bawang merah - potong dadu
3 ulas bawang putih - potong dadu
1/2 inci halia - dikisar
1 biji tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
sedikit saffron (kalau tiada boleh ganti dgn pewarna kuning)
2 sudu rempah Kabsa
1 biji lemon hitam/kering (dicucuk bahagian tengahnya)
1 biji lada merah (capsicum) - potong dadu
1 batang lobak merah - hiris halus
sedikit biji lada hitam/serbuk kasar
sedikit kismis
garam secukup rasa
2 batang cili merah besar - tidak dihiris

Caranya:
1. Basuh beras tadi sehingga bersih dan terus sukat air beras didalam periuk nasi. Ketepikan seketika.
2. Panaskan kuali dengan minyak masak, kemudian masukkan minyak sapi.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau wangi dan masukkan pula kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
4. Masukkan pula ayam, saffron, rempah Kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan sehingga rata.
5. Taburkan pula lemon hitam, kismis dan garam secukup rasa. Tutup api kuali.
6. Pindahkan kesemua bahan di kuali tadi ke dalam periuk nasi. Gaul rata dan tutup rapat.
7. Tanak nasi seperti biasa.
8. Apabila masak, karis nasi supaya rata dan berhati-hati apabila mengkaris nasi supaya nasi tidak patah.
9. Ambil ayam tadi, masukkan ke dalam foil, dan bakar pada suhu 200'C selama 15 minit.
10. Sedia terhidang bersama sos yang dibuat sendiri.

Sos - Kisarkan cili besar hijau (kalau nak pedas boleh letak cili padi sikit), tomato, batang ketumbar, gula, garam dan air perahan lemon.

February 11, 2010

Homemade Rempah Kabsa

Chome sangat berterima kasih kepada blog Resepi Raidah.
Daripada blog ini, Chome dapat buat nasi kabsa dengan rempah buatan sendiri! Nyum! Nyum..
Kalau tak, mana nak cari di Malaysia rempah kabsa ini yer? Apa lagi... giling, jangan tak giling tau...

Rempah Kabsa (Untuk buat nasi Arab)
1 sudu makan:
bunga cengkih*
lada hitam*
jintan manis*
jintan putih*
buah pelaga putih*
buah pelaga hitam* (black cardamom pods)
2 sudu makan biji ketumbar*
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk kunyit

Goreng tanpa minyak bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau dan angkat.
Kemudian kisar bahan sehingga hancur.
Catatan:
Didalam resepi asal, halia perlu dicampur sekali. Maka, bila nak masak nanti, jangan lupa masukkan halia. Lebihan rempah kering boleh disimpan didalam botol untuk resepi lain pula. Boleh digunapakai untuk semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

October 22, 2009

Thosai



Sebut thosai/tosai samada dimasak lembab atau garing, semuanya chome suka sangat. Hik..



Tosai nih sedap dimakan dengan chatni, dalca, sambal, kari ikan, kari ayam atau pun kari kambing! Syok!

Jadi, kalau rajin meh lah cuba buat sendiri thosai ini di rumah. Kalau malas.. pergi sahaja kedai mamak dan order 'Thosai garing satu!' Nyum.. nyum..

Thosai
Bahan-bahan:
2 cawan beras
1 cawan kacang hitam (dibuang kulit)/ulundu
1/2 sudu teh halba
1/2 cawan nasi
garam secukup rasa
minyak bijan atau minyak sapi

Cara menyediakannya:
1. Cuci beras, kacang hitam, halba dan rendam di dalam air selama lima jam.
2. Selepas itu, kisar bahan-bahan tersebut dengan nasi sehingga halus.
3. Masukkan garam dan gaul hingga rata.
4. Peram bahan-bahan ini selama satu malam.
5. Panaskan ceper, sapu minyak bijan atau minyak sapi.
6. Tuang sesenduk ramuan dan bentukkan bulatan.
7. Tutup dengan tudung untuk seketika.
8. Angkat thosai dan hidangkan bersama kuah kegemaran.

Selamat mencuba!