April 21, 2011

Nasi Maqlubah (Terbalik)


Bahan-bahan:

3 gelas beras basmathi.
telur rebus  - berapa biji ikut suka

** sayuran ikut suka nak masuk banyak mana dan ikut suka sayur apapun, potong ikut suka, gaul garam dan goreng mati air sahaja kecuali bunga kobis goreng garing. Tips: Garam diletakkan supaya apabila menggoreng nanti ia tak serap minyak banyak.

terung besar (bazinjan)
kentang besar
bunga kobis (zahri) –cauliflower
*potong sahaja tak payah goreng
lobak merah
baby jagung
biji bawang besar(potong bunga)

dimesin : 1 biji bawang besar, sedikit bawang putih, halia.

rempah 4 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
rempah beriani sebungkus
sedikit lemon (hiris nipis)
1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk pecah perut jer (tumbuk kasar) – kalau tak nak pedas kurangkan.

* Options kalau suka: Chome letak habbatus sauda dalam 1 sudu besar. Chome tambahkan juga beberapa biji cili padi (lidah melayu heh, nak pedas gak)

            Option lain kalau suka masukkan juga:
            Kekacang: - kacang goreng, badam, gajus.
            Buah zaitun

Minyak masak
Garam bukit (tak ada, pakai garam biasa shj)
Daun bay (daun salam pun boleh, yang telah dikeringkan)

(Ingatan: Saya menggunakan garam bukit di dalam resepi ini. Kalau tak ada boleh shj garam biasa.)

Hiasan di atas nasi setelah masak nanti: Daun ketumbar, bawang goreng

Cara-cara:
1. Basuhkan beras. Ketepikan.
2. Bersihkan ayam, potong (mengikut kesesuaian), masukkan garam dan serbuk kunyit, gaul rata.
3. Goreng ayam mati air sahaja. Angkat tos minyak dan ketepikan.
4. Sayuran tadi, gaul garam, pun goreng mati air. Kecuali bunga kobis tu goreng garing sedikit, baunya harum. Sayur takpayah goreng tu , hanya digaul garam sahaja, ketepikan.

Cara Chome:
        Panaskan minyak.
        Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
        Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
        Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.

5. Acara rempah pula, kalau ada minyak lebihan menggoreng itu, masih boleh digunakan untuk menumis rempah.
6. Masukkan bahan-bahan yang telah dimesin, rempah 4 beradik, rempah beriani, lada hitam, habbatus sauda, kekacang, daun bay. Kacau tumis sampai merenih. Jangan lupa bubuh garam. Kalau kurang minyaknya, boleh ditambah lagi. Siap, angkat dan ketepikan.
7. Acara susun menyusun di dalam periuk nasi, layer by layer:
8. Susun ayam of coz yang tetulang menghadap di permukaan bawah periuk nasi. Supaya nanti taklah teruk melekat menjadi kerak. Susun ayam sampai cover periuk tu.
9. Pastu masukkan sayuran tadi. Susunlah ikut suka mana.
10. Masukkan telur rebus.
11. Masukkan rempah menutupi keseluruhan permukaan, sekiranya rempah goreng tadi pekat, boleh dicairkan dengan air biasa.
12. Masukkan hirisan lemon.
13. Masukkan beras basmathi.
14. Last sekali, masukkan air, sukatan air adalah menutupi keseluruhan beras basmathi tadi sekadar ditenggelaminya. (Erk.. faham ek.)
15. Tutup cover periuk nasi dan masakkan nasi seperti biasa. Jangan buka-buka tau sampai masak. Pantang nih!

Selepas semuanya selesai. dan masa untuk makan, tetapi, segala menu diatas tidak sempurna tanpa sentuhan terakhir ini. Ia merupakan antara syarat penting untuk menjadikannya 'nasi maqlubah’ kerana maksud maqlubah itu adalah ‘terbalik’!! Ambil mangkuk besar atau dulang, terbalikkan periuk nasi itu dan keluarkan semua nasi di dalam dulang atau mangkuk. Hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun ketumbar. Sedia dihidang untuk dijamu!
Nasi ini dimakan dengan sayur jelatah:




Jelatah

Hirisan :
lobak merah, kobis ungu, timun, tomato, bawang besar, cili hijau.

Gaulkan bersama: yogurt, sedikit garam dan perahan lemon. kalau takder yogurt, boleh gunakan mayonis dan air perahan limau.

Selamat Mencuba!!!
Laparlah!!!!

Kredit kepada adik-adik blogger yang belajar di bumi Anbiya'. Terima kasih!

No comments:

Post a Comment